Wednesday, February 22, 2012

KARANGAN TAHUN 4


Sekolah Saya

            Nama sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Sungai Buaya.  Sekolah saya terletak di Banting.
          Di sekolah saya ada dua belas orang guru dan 150 orang murid. Sekolah saya kecil tetapi mempunyai padang yang luas.
          Terdapat tiga blok di sekolah saya. Ada sebuah kantin dan juga sebuah bangunan pra sekolah.
          Kawasan sekolah saya bersih dan cantik. Pekerja-pekerja selalu membersihkan kawasan sekolah.
          Saya berbangga dapat bersekolah di sini. Saya sangat sayang akan sekolah saya.

No comments: